Friday 25 May 2012

Ucapan Sempena Majlis Apresiasi Budi BSM USIM

Adam Fariz (Mantan OC VAD)
Salamullahi 'alaik,saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua ahli keluarga BSMM USIM Batch Ke-5 yg telah hadir bagi menjayakan Majlis Apresiasi Budi dan Makan Malam baru-baru ini.

Jutaan terima kasih yang tidak terhingga juga saya ucapkan kepada AJK Pelaksana yang telah bertungkus-lumus menguruskan majlis tersebut.Jasa kalian amat dihargai dan mudah-mudahan diganjari dengan balasan yang lebih baik iallah.

Melihat wajah-wajah ceria kalian benar-benar melapangkan jiwa-jiwa yang resah memikul amanah menghela lelah,suatu ketika dahulu.Kegembiraan kalian adalah kegembiraan kami.Sudilah kalian ampunkan segala silap dan salah kami.

Diharapkan agar ukhwah yang terjalin sepanjang 3 semester yang lalu tidak luput ditelan waktu.Pesanan ikhlas daripada saya,amalkan segala ilmu yang telah dipelajari dan berbaktilah walau di mana jua kalian berada.




Hidup tak selalunya indah,namun yang indah itu senantiasa hidup dalam kenangan.Sempena dengan peperiksaan akhir semester yang bakal menjelang tak lama lagi,mohon agar kita saling mendoakan antara satu sama lain.

Barakallahu fikum daiman abadan abada...Sekian,terima kasih.

0 komentar bernas: