Monday 4 June 2012

Majlis Annual Grand Dinner BSMM USIM batch05

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum sahabat2 yang dikasihi dan dirahmati Allah sekalian. Semoga pertemuan dikala ini dapat mengeratkan lagi ukhwah yang telah sedia terjalin antara semua ahli BSMM batch05. Maafkan saya rentetan kerana kelewatan dalam menyediakan laporan untuk majlis yang telah diadakan sebulan yang lalu..

Pada coretan untuk tika ini, ingin saya kongsikan sedikit tentang manis, suka dan duka serta ragam dan karenah ahli BSMM USIM batch 5 di sepanjang Majlis Annual Grand Dinner ini berlangsung pada hari SABTU bersamaan 15/05/2012 iaitu bertempat di PURI PUJANGGA UKM bermula pada pukul 6.30ptg sehinggalah pukul 11.30mlm...

Ok.. Majlis ini telah diadakan bertujuan untuk menghargai sumbangan serta komitmen sahabat2 BSMM USIM BATCH05 selama 3 semester kita bersama. 3 semester itu adalah satu jangka masa yang pendek bagi sesetengah pihak dan mungkin ia merupakan satu jangka masa yang panjang bagi sesetengah pihak pula, walaubagaimanapun ia tetaplah memberi banyak impak yang positif dalam diri setiap insan yang menyertai Kesukarelawanan Bulan Sabit Merah ini. Terlalu banyak jasa dan sumbangan ahli terhadap BSMM USIM BATCH05 melalui pelbagai aspek, antaranya komitmen kehadiran kelas, berjalan kaki bersama dari KK1 ke kampus, kewangan, dan terutama kepada tampok pemerintahan tatkala itu. Terima kasih sahabat2 sekalian, kami mendoakan semoga Allah akan permudahkan urusan kalian dunia dan akhirat.

Seterusnya, kita masuk ke aktiviti.. Kira-kira pada pukul 5ptg sehinggalah 6.30ptg adalah jangkaan untuk para peserta VVIP (ahli) sampai untuk mendaftarkan diri di deretan bangunan Akasia. Lama tu..satu jam setengah masa telah diberikan... Bagus. sebab ramai yang menepati masa yang telah ditetapkan. tetapi, ada juga ahli yang terlepas waktu jam yang telah ditetapkan gara-gara tertidor la pulak..huhu.. ada jugak sahabat2 kita yang tak ingat,,eh??hari ni ke majlis BSM ye?? haha.. macam2 karenah dan ragam ahli2 BSMM USIM ni.. Masa tu lah pihak urusetia kelam-kabut membuat panggilan ke sana dan ke mari.. em.. kenangan, kenangan..

Setelah selesai menanti kehadiran VVIP, bas pun mulai bergerak ke tempat yang dituju.. Nak merealisasikan majlis ini dengan mencari dana sendiri adalah satu kerja yang.. Allah sahaja yang Maha Mengetahui.. Alhamdulillah segalanya ALLAH permudahkan walaupun masih ada kekurangan. Pada pukul 7mlm kami selamat sampai di PURI PUJANGGA UKM.. Kami bergerak ke dewan yang alhamdulillah, sedap mata memandang.. sesuailah dengan bajet kan..haha. Melihat kegembiraan ahli adalah kelegaan kami yang sangat2 tidak ternilai.. kami cuba untuk memuasakan hati semua pihak walaupun kami tahu tetap akan ada juga yang tidak dapat kami puasakan hati mereka. Maafkan kami wahai sahabat yang paling kami sayangi..


Setelah semua tetamu mengambil tempat di dewan yang serba indah, En.Ahmad Basyir bin Ramli telah di amanahkan untuk menyampaikan sedikit tazkirah kepada ahli sementara menunggu masuknya waktu maghrib.. Setelah selesai melunaskan tanggungjawab kepada RabbNYA, majlis pun bermula. Pengerusi majlis yang telah mengambil amanah ini dengan rela hatinya ialah En.Muhammad Khairul Azhar bin Tugiman dan En.Muhammad Abdul Rahman bin Mohd Hanafi.. Best dorang kendalikan majlis, sampai x menyempat nak makan..kesian..huhu Majlis bermula dengan bacaan doa oleh En.Muhammad Asyraf Izzat bin Ab.Wahab.. Seterusnya diikuti ucapan oleh Pengarah Program Cik.Ammanina binti Mohd Ramsah dan diakhiri dengan ucapan oleh Mantan Pengerusi BSMM USIM BATCH05 En.Adam Fariz bin Mohd Zain.





Sungguh ringkas dan padat ucapan yang telah di sampaikan oleh mantan pengerusi sampai berlagu perut2 ahli tau.huhu Begitulah hebatnya mantan pengerusi BSMM batch kami.. Next, bermulalah acara tukar-tukar hadiah antara ahli.. sekaligus bermula jugalah acara menjamu selera.. Banyak jenis makanan yang disediakan sampai terdiam tak tahu nak makan apa dah. Terdapat juga makanan yang pelik, maksudnya jarang dijumpailah.ha.. kan istimewa namanya. Disepanjang perjalanan majlis, alhamdulillah segalanya berjalan seiring dengan perancangan kami.. terima kasih semua.. jasamu kalian akan kami semat dikalbu..huhu


Setelah selesai semua acara.. maka bermulalah acara bergambar. Terima kasih diucapkan kepada pemilik kamera2 yang berkuasa tinggi..huhu Banyak gambar yang telah diambil oleh jurukamera kami iaitu.. Cik.Noor Hanisah binti Halim dan En.Muhammad Azwan bin Ghazali. Tq very much!!! Jasamu akan kami kenanglah. Maka, akan bertambahlah memori dalam hard disk.haha Setelah selesai bergambar. Kami menaiki bas dan kembali pulang ke USIM pada pukul 11.00mlm dan telah selamat sampai pada pukul 11.30mlm..

Akhir bicara saya disini adalah maafkan kami seandainya ada tersalah bicara, terlebih dalam tingkahlaku, dan segala yang baik datang itu dari ALLAH dan yang lemah itu datang juga daripada ALLAH disandarkan atas diri kami yang lemah ini. Wassalam..

1 komentar bernas:

MFZ Diamond Galaxy said...

tu dia ayat kak nina kite. menusuk kalbu. hehehe