Assalamualaikum dan salam sejahtera sahabat-sahabat sekalian…
Harap-harap
semuanya okey saja yer .. entry terbaru untuk BSMM USIM kali nie tentang
beberapa VAD BSMM USIM yang turun padang berkhidmat di Litar Sepang sempena
ARRC 2012.
Seramai 15
orang dari VAD BSMM USIM telah dipanggil untuk membantu BSMM IPK semasa program ini yang berlangsung selama
tiga hari berturut-turut iaitu pada 11,12 & 13 Mei 2012.
Kami telah dibahagikan beberapa kumpulan seperti
Alpha 1 , Alpha 2 , Alpha 3 , Alpha 4 , Charlie 1 , Charlie 2, dan Charlie 3 . Dan setiap kumpulan diketuai
oleh senior-senior dari BSMM IPK.
Alpha 3 terdiri dari BSMM IPK & Junior BSMM
USIM
Kami
juga telah ditempatkan di Base-base yang berbeza. Kami telah bergilir hari
dalam menjalankan tugas. Dan semestinya apa yang kami lalui sepanjang 3 hari
berada di sana memberikan pengalaman yang tidak terhingga nilainya kepada kami.
Betullah apa yang orang dulu-dulu cakap,hanya pengalaman yang membezakan kita
dengan seseorang itu. Di sini,kami nak tekankan bahawa tugas sebagai seorang
ahli Bulan Sabit Merah bukanlah mudah seperi apa yang kita pelajari secara
teori. Hakikatnya apa yang kita lalui jau erbeza dengan apa yang kita pelajari
dalam kelas. Dengan menyertai misi ini,kami sedar betapa besarnya tanggungjawab
sebagai seorang penyelamat. Dan sebagai seorang penyelamat juga,anda perlu
buang perasaan panik dan takut dari diri anda kerana anda tidak boleh jangka
situasi apa yang akan anda lalui.
Sebagai contoh,ketika di litar ini kami tidak
menjangka akan berlaku satu kemalangan besar yang membabitkan 7 buah superbike.
Kemalangan tersebut telah menyebabkan beberapa orang Rider cedera. Di Base
Alpha 3, seorang rider Malaysia iaitu Zaqhwan Zaidi telah cedera di bahagian
dagu dan patah ibu jari. Kami telah
membantu sedaya mungkin dan membawanya ke Medical Centre bagi mendapatkan
rawatan lanjut.
Terus- terang kami katakan ketika kejadian itu
berlaku kami agak panic dan kelam kabut dalam menyelamatkan mangsa tapi dengan
izinNYA kami berjaya menyelamatkan semua mangsa yang terlibat dengan kemalangan
itu.
Inilah pengalaman yang tidak dapat kami lupakan
dan menjadi pengajaran yang amat berguna kepada kami dalam melaksanakan tugas
sebagai seorang penyelamat.
Hari terakhir menjalankan tugas, kami tidak
melepaskan peluang untuk bergambar dengan Dr. Azlin,salah seorang doktor yang
bertugas di sana serta senior-senior dari BSMM IPK.
Gambar bersama Dr.Azlin
Gambar bersama senior dari BSMM IPK
Sekian sahaja daripada kami.
0 komentar bernas:
Post a Comment