Monday 11 July 2011

Kutipan Derma Bencana Tanah Runtuh Hulu Langat


Pada tanggal 21 Mei 2011 yang lalu, satu tragedi Tanah Runtuh telah berlaku di Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Batu 14, Hulu Langat. Seramai 16 orang ditemui maut manakala sembilan yang lain cedera, tiga daripadanya kritikal, demikian menurut laporan Bernama.   

    Kami di BSMM USIM telah mengambil langkah untuk mengumpul kutipan derma daripada warga USIM demi meringankan beban yang ditanggung.

  
Pada tanggal 7 Julai 2011, Kami telah secara rasminye mendepositkan sejumlah RM1,787.30 kepada Tabung Bencana yang telah dilancarkan. Terima kasih warga USIM.


0 komentar bernas: