Thursday 15 September 2011

Minggu Taaruf USIM

   Pada 7 September 2011 yang lalu, seramai 1,894 pelajar telah mendaftar secara rasmi sebagai pelajar Sarjana Muda bagi sesi akademik 2011/2012, sekali gus mencatatkan rekod jumlah pelajar paling ramai bagi pengambilan pelajar baru USIM setakat ini.

  Dalam kesempatan ini, kami barisan pentadbiran Bulan Sabit Merah Malaysia USIM mengalu-alukan kehadiran pelajar-pelajar tahun satu dalam kampus ini.

  Adalah diharapkan agar dengan kehadiran pelajar-pelajar baru ini akan menambahkan lagi seri dalam kehidupan kampus dan sekali gus memantapkan lagi prestasi mahasiswa mahasiswi Universiti Sains Islam Malaysia.

  Tidak dilupakan juga beberapa sukarelawan daripada semua unit dibawah Pusat Pembangunan Kemahiran Insaniah (PPKI) khususnya Unit VAD BSMM USIM yang telah berusaha keras dalam menjayakan minggu taaruf ini.



Salah Seorang VAD BSMM bersama pelajar baru
Setelah seharian
bergembira bersama
Rekrut keanggotaan baharu
Kagum.

2 komentar bernas:

Anonymous said...

bro pndftran bkak lg??
rmi nk join..

BSMM said...

Pendaftaran secara rasminya sudah ditutup pada 18 September 2011. Terima kasih atas minat anda kepada BSMM USIM. =D