Monday, 27 August 2012
BBOM part 2
Diterbitkan oleh
BSMM
pada
Monday, August 27, 2012
0
komentar bernas
Email This
BlogThis!
Share to X
Share to Facebook
BBOM part 1
Diterbitkan oleh
BSMM
pada
Monday, August 27, 2012
0
komentar bernas
Email This
BlogThis!
Share to X
Share to Facebook
Monday, 4 June 2012
Majlis Annual Grand Dinner BSMM USIM batch05
Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum sahabat2 yang dikasihi dan dirahmati Allah sekalian. Semoga pertemuan dikala ini dapat mengeratkan lagi ukhwah yang telah sedia terjalin antara semua ahli BSMM batch05. Maafkan saya rentetan kerana kelewatan dalam menyediakan laporan untuk majlis yang telah diadakan sebulan yang lalu..
Pada coretan untuk tika ini, ingin saya kongsikan sedikit tentang manis, suka dan duka serta ragam dan karenah ahli BSMM USIM batch 5 di sepanjang Majlis Annual Grand Dinner ini berlangsung pada hari SABTU bersamaan 15/05/2012 iaitu bertempat di PURI PUJANGGA UKM bermula pada pukul 6.30ptg sehinggalah pukul 11.30mlm...
Ok.. Majlis ini telah diadakan bertujuan untuk menghargai sumbangan serta komitmen sahabat2 BSMM USIM BATCH05 selama 3 semester kita bersama. 3 semester itu adalah satu jangka masa yang pendek bagi sesetengah pihak dan mungkin ia merupakan satu jangka masa yang panjang bagi sesetengah pihak pula, walaubagaimanapun ia tetaplah memberi banyak impak yang positif dalam diri setiap insan yang menyertai Kesukarelawanan Bulan Sabit Merah ini. Terlalu banyak jasa dan sumbangan ahli terhadap BSMM USIM BATCH05 melalui pelbagai aspek, antaranya komitmen kehadiran kelas, berjalan kaki bersama dari KK1 ke kampus, kewangan, dan terutama kepada tampok pemerintahan tatkala itu. Terima kasih sahabat2 sekalian, kami mendoakan semoga Allah akan permudahkan urusan kalian dunia dan akhirat.
Seterusnya, kita masuk ke aktiviti.. Kira-kira pada pukul 5ptg sehinggalah 6.30ptg adalah jangkaan untuk para peserta VVIP (ahli) sampai untuk mendaftarkan diri di deretan bangunan Akasia. Lama tu..satu jam setengah masa telah diberikan... Bagus. sebab ramai yang menepati masa yang telah ditetapkan. tetapi, ada juga ahli yang terlepas waktu jam yang telah ditetapkan gara-gara tertidor la pulak..huhu.. ada jugak sahabat2 kita yang tak ingat,,eh??hari ni ke majlis BSM ye?? haha.. macam2 karenah dan ragam ahli2 BSMM USIM ni.. Masa tu lah pihak urusetia kelam-kabut membuat panggilan ke sana dan ke mari.. em.. kenangan, kenangan..
Setelah selesai menanti kehadiran VVIP, bas pun mulai bergerak ke tempat yang dituju.. Nak merealisasikan majlis ini dengan mencari dana sendiri adalah satu kerja yang.. Allah sahaja yang Maha Mengetahui.. Alhamdulillah segalanya ALLAH permudahkan walaupun masih ada kekurangan. Pada pukul 7mlm kami selamat sampai di PURI PUJANGGA UKM.. Kami bergerak ke dewan yang alhamdulillah, sedap mata memandang.. sesuailah dengan bajet kan..haha. Melihat kegembiraan ahli adalah kelegaan kami yang sangat2 tidak ternilai.. kami cuba untuk memuasakan hati semua pihak walaupun kami tahu tetap akan ada juga yang tidak dapat kami puasakan hati mereka. Maafkan kami wahai sahabat yang paling kami sayangi..

Setelah semua tetamu mengambil tempat di dewan yang serba indah, En.Ahmad Basyir bin Ramli telah di amanahkan untuk menyampaikan sedikit tazkirah kepada ahli sementara menunggu masuknya waktu maghrib.. Setelah selesai melunaskan tanggungjawab kepada RabbNYA, majlis pun bermula. Pengerusi majlis yang telah mengambil amanah ini dengan rela hatinya ialah En.Muhammad Khairul Azhar bin Tugiman dan En.Muhammad Abdul Rahman bin Mohd Hanafi.. Best dorang kendalikan majlis, sampai x menyempat nak makan..kesian..huhu Majlis bermula dengan bacaan doa oleh En.Muhammad Asyraf Izzat bin Ab.Wahab.. Seterusnya diikuti ucapan oleh Pengarah Program Cik.Ammanina binti Mohd Ramsah dan diakhiri dengan ucapan oleh Mantan Pengerusi BSMM USIM BATCH05 En.Adam Fariz bin Mohd Zain.
Sungguh ringkas dan padat ucapan yang telah di sampaikan oleh mantan pengerusi sampai berlagu perut2 ahli tau.huhu Begitulah hebatnya mantan pengerusi BSMM batch kami.. Next, bermulalah acara tukar-tukar hadiah antara ahli.. sekaligus bermula jugalah acara menjamu selera.. Banyak jenis makanan yang disediakan sampai terdiam tak tahu nak makan apa dah. Terdapat juga makanan yang pelik, maksudnya jarang dijumpailah.ha.. kan istimewa namanya. Disepanjang perjalanan majlis, alhamdulillah segalanya berjalan seiring dengan perancangan kami.. terima kasih semua.. jasamu kalian akan kami semat dikalbu..huhu
Setelah selesai semua acara.. maka bermulalah acara bergambar. Terima kasih diucapkan kepada pemilik kamera2 yang berkuasa tinggi..huhu Banyak gambar yang telah diambil oleh jurukamera kami iaitu.. Cik.Noor Hanisah binti Halim dan En.Muhammad Azwan bin Ghazali. Tq very much!!! Jasamu akan kami kenanglah. Maka, akan bertambahlah memori dalam hard disk.haha Setelah selesai bergambar. Kami menaiki bas dan kembali pulang ke USIM pada pukul 11.00mlm dan telah selamat sampai pada pukul 11.30mlm..
Akhir bicara saya disini adalah maafkan kami seandainya ada tersalah bicara, terlebih dalam tingkahlaku, dan segala yang baik datang itu dari ALLAH dan yang lemah itu datang juga daripada ALLAH disandarkan atas diri kami yang lemah ini. Wassalam..
Pada coretan untuk tika ini, ingin saya kongsikan sedikit tentang manis, suka dan duka serta ragam dan karenah ahli BSMM USIM batch 5 di sepanjang Majlis Annual Grand Dinner ini berlangsung pada hari SABTU bersamaan 15/05/2012 iaitu bertempat di PURI PUJANGGA UKM bermula pada pukul 6.30ptg sehinggalah pukul 11.30mlm...Ok.. Majlis ini telah diadakan bertujuan untuk menghargai sumbangan serta komitmen sahabat2 BSMM USIM BATCH05 selama 3 semester kita bersama. 3 semester itu adalah satu jangka masa yang pendek bagi sesetengah pihak dan mungkin ia merupakan satu jangka masa yang panjang bagi sesetengah pihak pula, walaubagaimanapun ia tetaplah memberi banyak impak yang positif dalam diri setiap insan yang menyertai Kesukarelawanan Bulan Sabit Merah ini. Terlalu banyak jasa dan sumbangan ahli terhadap BSMM USIM BATCH05 melalui pelbagai aspek, antaranya komitmen kehadiran kelas, berjalan kaki bersama dari KK1 ke kampus, kewangan, dan terutama kepada tampok pemerintahan tatkala itu. Terima kasih sahabat2 sekalian, kami mendoakan semoga Allah akan permudahkan urusan kalian dunia dan akhirat.
Seterusnya, kita masuk ke aktiviti.. Kira-kira pada pukul 5ptg sehinggalah 6.30ptg adalah jangkaan untuk para peserta VVIP (ahli) sampai untuk mendaftarkan diri di deretan bangunan Akasia. Lama tu..satu jam setengah masa telah diberikan... Bagus. sebab ramai yang menepati masa yang telah ditetapkan. tetapi, ada juga ahli yang terlepas waktu jam yang telah ditetapkan gara-gara tertidor la pulak..huhu.. ada jugak sahabat2 kita yang tak ingat,,eh??hari ni ke majlis BSM ye?? haha.. macam2 karenah dan ragam ahli2 BSMM USIM ni.. Masa tu lah pihak urusetia kelam-kabut membuat panggilan ke sana dan ke mari.. em.. kenangan, kenangan..
Setelah selesai menanti kehadiran VVIP, bas pun mulai bergerak ke tempat yang dituju.. Nak merealisasikan majlis ini dengan mencari dana sendiri adalah satu kerja yang.. Allah sahaja yang Maha Mengetahui.. Alhamdulillah segalanya ALLAH permudahkan walaupun masih ada kekurangan. Pada pukul 7mlm kami selamat sampai di PURI PUJANGGA UKM.. Kami bergerak ke dewan yang alhamdulillah, sedap mata memandang.. sesuailah dengan bajet kan..haha. Melihat kegembiraan ahli adalah kelegaan kami yang sangat2 tidak ternilai.. kami cuba untuk memuasakan hati semua pihak walaupun kami tahu tetap akan ada juga yang tidak dapat kami puasakan hati mereka. Maafkan kami wahai sahabat yang paling kami sayangi..

Setelah semua tetamu mengambil tempat di dewan yang serba indah, En.Ahmad Basyir bin Ramli telah di amanahkan untuk menyampaikan sedikit tazkirah kepada ahli sementara menunggu masuknya waktu maghrib.. Setelah selesai melunaskan tanggungjawab kepada RabbNYA, majlis pun bermula. Pengerusi majlis yang telah mengambil amanah ini dengan rela hatinya ialah En.Muhammad Khairul Azhar bin Tugiman dan En.Muhammad Abdul Rahman bin Mohd Hanafi.. Best dorang kendalikan majlis, sampai x menyempat nak makan..kesian..huhu Majlis bermula dengan bacaan doa oleh En.Muhammad Asyraf Izzat bin Ab.Wahab.. Seterusnya diikuti ucapan oleh Pengarah Program Cik.Ammanina binti Mohd Ramsah dan diakhiri dengan ucapan oleh Mantan Pengerusi BSMM USIM BATCH05 En.Adam Fariz bin Mohd Zain.
Sungguh ringkas dan padat ucapan yang telah di sampaikan oleh mantan pengerusi sampai berlagu perut2 ahli tau.huhu Begitulah hebatnya mantan pengerusi BSMM batch kami.. Next, bermulalah acara tukar-tukar hadiah antara ahli.. sekaligus bermula jugalah acara menjamu selera.. Banyak jenis makanan yang disediakan sampai terdiam tak tahu nak makan apa dah. Terdapat juga makanan yang pelik, maksudnya jarang dijumpailah.ha.. kan istimewa namanya. Disepanjang perjalanan majlis, alhamdulillah segalanya berjalan seiring dengan perancangan kami.. terima kasih semua.. jasamu kalian akan kami semat dikalbu..huhu
Setelah selesai semua acara.. maka bermulalah acara bergambar. Terima kasih diucapkan kepada pemilik kamera2 yang berkuasa tinggi..huhu Banyak gambar yang telah diambil oleh jurukamera kami iaitu.. Cik.Noor Hanisah binti Halim dan En.Muhammad Azwan bin Ghazali. Tq very much!!! Jasamu akan kami kenanglah. Maka, akan bertambahlah memori dalam hard disk.haha Setelah selesai bergambar. Kami menaiki bas dan kembali pulang ke USIM pada pukul 11.00mlm dan telah selamat sampai pada pukul 11.30mlm..
Akhir bicara saya disini adalah maafkan kami seandainya ada tersalah bicara, terlebih dalam tingkahlaku, dan segala yang baik datang itu dari ALLAH dan yang lemah itu datang juga daripada ALLAH disandarkan atas diri kami yang lemah ini. Wassalam..
Diterbitkan oleh
BSMM
pada
Monday, June 04, 2012
1 komentar bernas
Email This
BlogThis!
Share to X
Share to Facebook
Friday, 25 May 2012
Ucapan Sempena Majlis Apresiasi Budi BSM USIM
| Adam Fariz (Mantan OC VAD) |
Jutaan terima kasih yang tidak terhingga juga saya ucapkan kepada AJK Pelaksana yang telah bertungkus-lumus menguruskan majlis tersebut.Jasa kalian amat dihargai dan mudah-mudahan diganjari dengan balasan yang lebih baik iallah.
Melihat wajah-wajah ceria kalian benar-benar melapangkan jiwa-jiwa yang resah memikul amanah menghela lelah,suatu ketika dahulu.Kegembiraan kalian adalah kegembiraan kami.Sudilah kalian ampunkan segala silap dan salah kami.
Diharapkan agar ukhwah yang terjalin sepanjang 3 semester yang lalu tidak luput ditelan waktu.Pesanan ikhlas daripada saya,amalkan segala ilmu yang telah dipelajari dan berbaktilah walau di mana jua kalian berada.
Hidup tak selalunya indah,namun yang indah itu senantiasa hidup dalam kenangan.Sempena dengan peperiksaan akhir semester yang bakal menjelang tak lama lagi,mohon agar kita saling mendoakan antara satu sama lain.
Barakallahu fikum daiman abadan abada...Sekian,terima kasih.
Diterbitkan oleh
BSMM
pada
Friday, May 25, 2012
0
komentar bernas
Email This
BlogThis!
Share to X
Share to Facebook
Labels:
Ucapan
Tuesday, 15 May 2012
Operasi @ Litar Sepang 2012
Assalamualaikum dan salam sejahtera sahabat-sahabat sekalian…
Harap-harap
semuanya okey saja yer .. entry terbaru untuk BSMM USIM kali nie tentang
beberapa VAD BSMM USIM yang turun padang berkhidmat di Litar Sepang sempena
ARRC 2012.
Seramai 15
orang dari VAD BSMM USIM telah dipanggil untuk membantu BSMM IPK semasa program ini yang berlangsung selama
tiga hari berturut-turut iaitu pada 11,12 & 13 Mei 2012.
Kami telah dibahagikan beberapa kumpulan seperti
Alpha 1 , Alpha 2 , Alpha 3 , Alpha 4 , Charlie 1 , Charlie 2, dan Charlie 3 . Dan setiap kumpulan diketuai
oleh senior-senior dari BSMM IPK.
Alpha 3 terdiri dari BSMM IPK & Junior BSMM
USIM
Kami
juga telah ditempatkan di Base-base yang berbeza. Kami telah bergilir hari
dalam menjalankan tugas. Dan semestinya apa yang kami lalui sepanjang 3 hari
berada di sana memberikan pengalaman yang tidak terhingga nilainya kepada kami.
Betullah apa yang orang dulu-dulu cakap,hanya pengalaman yang membezakan kita
dengan seseorang itu. Di sini,kami nak tekankan bahawa tugas sebagai seorang
ahli Bulan Sabit Merah bukanlah mudah seperi apa yang kita pelajari secara
teori. Hakikatnya apa yang kita lalui jau erbeza dengan apa yang kita pelajari
dalam kelas. Dengan menyertai misi ini,kami sedar betapa besarnya tanggungjawab
sebagai seorang penyelamat. Dan sebagai seorang penyelamat juga,anda perlu
buang perasaan panik dan takut dari diri anda kerana anda tidak boleh jangka
situasi apa yang akan anda lalui.
Sebagai contoh,ketika di litar ini kami tidak
menjangka akan berlaku satu kemalangan besar yang membabitkan 7 buah superbike.
Kemalangan tersebut telah menyebabkan beberapa orang Rider cedera. Di Base
Alpha 3, seorang rider Malaysia iaitu Zaqhwan Zaidi telah cedera di bahagian
dagu dan patah ibu jari. Kami telah
membantu sedaya mungkin dan membawanya ke Medical Centre bagi mendapatkan
rawatan lanjut.
Terus- terang kami katakan ketika kejadian itu
berlaku kami agak panic dan kelam kabut dalam menyelamatkan mangsa tapi dengan
izinNYA kami berjaya menyelamatkan semua mangsa yang terlibat dengan kemalangan
itu.
Inilah pengalaman yang tidak dapat kami lupakan
dan menjadi pengajaran yang amat berguna kepada kami dalam melaksanakan tugas
sebagai seorang penyelamat.
Hari terakhir menjalankan tugas, kami tidak
melepaskan peluang untuk bergambar dengan Dr. Azlin,salah seorang doktor yang
bertugas di sana serta senior-senior dari BSMM IPK.
Gambar bersama Dr.Azlin
Gambar bersama senior dari BSMM IPK
Sekian sahaja daripada kami.
Diterbitkan oleh
BSMM
pada
Tuesday, May 15, 2012
0
komentar bernas
Email This
BlogThis!
Share to X
Share to Facebook
Labels:
album,
BSMM USIM,
Info Aktiviti
Saturday, 3 December 2011
PROGRAM KHIDMAT KOMUNITI, JALAN KG JAMBU, MERU, KLANG.
Salam terindah buat sahabat-sahabat sekalian. Alhamdulillah… Masih diberi kesempatan oleh Allah S.W.T untuk saya menitip bicara di ruangan kalam ini. Kali ini saya ingin berkongsi serba ringkas mengenai pengalaman serta apa yang telah kami perolehi sepanjang mengikuti PROGRAM KHIDMAT KOMUNITI BSMM USIM. Program ini telah dijalankan di KAMPUNG JALAN JAMBU, MERU, KLANG pada 26 Oktober 2011 baru-baru ini. Alhamdulillah… Program ini berjalan lancar dan saya boleh labelkan sebagai program yang terbaik. Syukur ke hadrat Ilahi kerana dipermudahkan segala urusan kerana semua yang baik itu datang dari pencipta yang Agung.
Program Khidmat Komuniti BSMM USIM ini telah dianjurkan secara bersama oleh Bulan Sabit Merah USIM dengan kerjasama Pusat Pembangunan Kemahiran Insaniah (PPKI) USIM serta telah menelan belanja yang boleh dikatakan agak banyak untuk menampung perbelanjaan program ini. Peserta-peserta program ini juga disasarkan seramai 90 orang.
Pada hari Sabtu bersamaan 26 Oktober 2011, semua peserta diminta berkumpul di deretan bangunan Kolej Kediaman Akasia Avenue tepat jam 7.30 pagi. Sebelum bertolak jam 8.30 pagi, kami dihidangkan sebungkus nasi lemak sebagai alas perut. Taklimat diberikan oleh pengarah program, saudari Nor Sakinah binti Jalil selepas usai sarapan serta bacaan doa dipimpin saudara Adam Faris bin Mohd Zain untuk kelancaran program seluruhnya.
Setibanya di destinasi jam 10 pagi, kami dipersilakan masuk ke perkarangan Surau Darul Muslimin. Terpandang banner khas yang tergantung di perkarangan surau menyambut ketibaan kami melonjakkan semangat yang berkobar-kobar untuk terus berbakti kepada masyarakat setempat.Tanpa membuang masa, kami dipersilakan masuk ke dalam surau untuk mendengar taklimat ringkas serta ucapan alu-aluan meraikan kedatangan kami. Taklimat ringkas ini dipengerusikan oleh saudari Ammanina binti Mohd Ramsah dan bacaan doa memohon keberkatan majlis dipimpin oleh saudara Mohd Afdhal bin Za’ba. Majlis diteruskan dengan ucapan alu-aluan dari wakil penduduk setempat, Cikgu Zaman bin Sari. Seterusnya, pembahagian tugas kepada semua peserta yang terlibat telah disampaikan oleh saudari Siti Maszeni binti Nawi wakil unit aktiviti..
Seusai taklimat ringkas tersebut, semua peserta bergerak ke bahagian masing-masing untuk memulakan tugas. Kumpulan peserta lelaki telah dipertanggungjawabkan untuk membersih sekitar luar kawasan surau serta menebang pokok. Kumpulan perempuan pula telah dipecahkan kepada tiga kumpulan iaitu membersihkan kawasan dalam surau, persekitaran luar surau dan penyediaan makanan untuk santapan tengah hari.Tanpa riak yang penat dalam keadaan cuaca yang agak panas tidak mematahkan semangat kami untuk terus berbakti kepada warga setempat. Menjelang jam 12 tengah hari, semua peserta masih meneruskan aktiviti masing-masing dibantu sebilangan penduduk setempat yang hadir membantu.
Jam 1.20 petang, kami solat berjemaah bersama penduduk setempat. Walaupun penat, tanggungjawab kepada pencipta tidak sesekali dilupakan. Selesai solat, kami bergotong-royong menghidangkan makanan sebelum makan bersama-sama penduduk kampung.
Usai makan berjemaah, slot seterusnya tidak dapat dijalankan atas sebab yang tidak dapat dielakkan. Namun kehadiran anak-anak kecil yang sebahagian besarnya masih bersekolah rendah menghidupkan suasana petang itu. Pelbagai aktiviti yang diketuai sendiri oleh pengarah program menceriakan kanak-kanak yang hadir disamping pemberian cenderamata berupa gula-gula serta makanan ringan menghargai kedatangan mereka.Aktiviti diteruskan dengan solat asar berjemaah yang diimami oleh warga setempat mengubat kerinduan ibarat berada di kampung halaman sendiri. Selepas selesai solat, aktiviti sukaneka dijalankan di perkarangan surau yang disambut meriah dengan kedatangan kanak-kanak setempat. Pelbagai acara dijalankan antaranya bowling menggunakan buah kelapa. Namun keadaan mendung membawa hujan yang agak lebat membantutkan acara petang itu. Tidak lama selepas hujan berhenti, acara tetap diteruskan dengan pelbagai lagi aktiviti yang mencuit hati penonton seperti gula-gula dalam tepung, lambung belon air dan sebagainya. Kelihatan riak kegembiraan terpancar di wajah kanak-kanak ini.
Setelah selesai aktiviti tersebut, kami menerima ketibaan wakil Pusat Pembangunan Kemahiran Insaniah USIM, Encik Rosli bagi memantau Program Khidmat Komuniti ini. Majlis penutup segera diadakan memandangkan jam hampir menunjukkan jam 6.30 petang.
Majlis diteruskan dengan nyanyian Asmaul Husna, Lagu Negaraku, Lagu Usim Terus Maju, dan Lagu Bulan Sabit Merah diikuti ucapan alu-aluan pengarah program, wakil warga setempat dan wakil Pusat Pembangunan Kemahiran Insaniah sendiri. Sebelum majlis ditutup secara rasminya, penyampaian hamper kepada semua kanak-kanak sebagai cenderahati kami kepada warga setempat seluruhnya.
Tidak berakhir di situ, kami dijamu dengan kuih muih sebelum diminta untuk membuat persediaan untuk solat maghrib berjemaah sebelum bertolak pulang ke USIM. Harapan kami seluruhnya, agar Program Khidmat Komuniti ini bukanlah yang terakhir dalam diri setiap dari kami. Semoga program yang telah dijalankan mencapai objektif serta matlamat pelaksanaannya.
Akhir kalam dari saya wakil unit publisiti dan promosi, hayatilah kalimah “ لا حول ولا قوة إلا بالله” kerana disitulah letaknya kunci keikhlasan hati. Semoga sentiasa dibukakan pintu rahmat buat kita semua. Sekadar itu saja perkongsian saya kali ini. Yang baik itu semuanya dari Allah, dan yang lemah itu dari diri saya sendiri… Wallahua’lam...
p/s :: gambar lain akan diupload akan datang~
Diterbitkan oleh
BSMM
pada
Saturday, December 03, 2011
0
komentar bernas
Email This
BlogThis!
Share to X
Share to Facebook
Friday, 2 December 2011
CARTA ORGANISASI AJK BSMMUSIM
Diterbitkan oleh
BSMM
pada
Friday, December 02, 2011
0
komentar bernas
Email This
BlogThis!
Share to X
Share to Facebook
Labels:
exco2 bsmmusim
Sunday, 20 November 2011
CANCER TALK
CANCER TALK!!!!!
Pembunuh Senyap yang paling digeruni seluruh dunia. Marilah sertai kami di seminar berkenaan barah yang berbahaya ini pada;
Hadis Riwayat Muslim dan Ahmad.
Pembunuh Senyap yang paling digeruni seluruh dunia. Marilah sertai kami di seminar berkenaan barah yang berbahaya ini pada;
- 25 NOVEMBER 2011 (29 Zulhijjah 1432)
- 8.00 p.m. - 10.30 p.m.
- DEWAN KULIAH PUSAT 4
- UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA
Hadis Riwayat Muslim dan Ahmad.
Diterbitkan oleh
BSMM
pada
Sunday, November 20, 2011
3
komentar bernas
Email This
BlogThis!
Share to X
Share to Facebook
Labels:
Info Aktiviti














